
Kecoh sehari dua ini apabila Ustaz Don Daniyal Bilyajid telah dituduh menggunakan hadis palsu dalam ceramahnya di TV al-Hijrah oleh Wardina Safiyya melalui laman sosial, Facebook. Berhubung dakwaan tersebut, TV al-Hijrah akan merujuk alim ulama untuk menilai kembali video-video dan komen-komen dari Ustaz Don sama ada daripada TV al-Hijrah mahupun saluran lain sebelum membuat sebarang dakwaan terhadap pendakwah yang cukup terkenal di seluruh negara ini. "Kami akan meminta orang yang lebih arif dalam soal agama untuk mengkaji semula video-video Ustaz Don, selepas kajian yang teliti dibuat barulah kami boleh memutuskan apakah tindakan yang wajar diambil." Baru-baru ini Wardina menulis satu status di Facebook yang mengatakan bahawa beberapa hadis-hadis yang digunakan oleh Ustaz Don dalam ceramahnya perlu dikaji semula kerana ada hadis palsu yang digunakan. Satu video kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal telah tersebar di laman sosial menyebabkan isu ini menjadi semakin panas. Harus diingatkan di sini, tindakan yang dibuat oleh Wardina bukanlah dengan niat ingin menjatuhkan Ustaz Don, sebaliknya melihat kepada kepentingan umat Islam yang lain sekiranya hadis yang digunakan oleh Ustaz Don betul-betul palsu. Wardina di dalam statusnya itu tidak menuduh dengan nada ingin menjatuhkan Ustaz Don, cuma dia ingin hadis-hadis yang digunakan dikaji semula.
0 Response to "TV al-Hijrahh Juga 'Ragu-ragu' dengan Ustaz Don?"
Post a Comment