tulah boleh dikatakan kepada seorang wanita yang merelakan suaminya melempiaskan nafsu kepada adik kandungnya. Difahamkan, oleh kerana mandul, kakak setan ini membenarkan suaminya meniduri adiknya sudah selama 7 tahun. Pada awalnya, mangsa yang berusia 27 tahun bertandang kerumah kakaknya yang tinggal bersama abang iparnya yang berumur 30-an. Ketika dia sedang tidur di biliknya, kira-kira jam 2 pagi abang iparnya itu datang ke biliknya. Mangsa menceritakan bahawa, dia seolah-olah dipukau dan menurut sahaja apa yang dilakukan oleh abang iparnya itu. Pada pagi hari, kakaknya yang datang mengejutnya untuk bersarapan langsung tidak marah dan tidak sedikit pun terkejut selepas melihat suaminya tidur bersama-sama adiknya. Sebaik sahaja pulang, abang iparnya tidak putus-putus menghubunginya untuk mengingatkan supaya tidak mendedah perkara tersebut kepada sesiapa pun terutamanya ayah dan ibu. Dari situlah bermulanya titik hitam seorang adik kerana kakaknya yang mandul dan berhati setan. Selama tujuh tahun dia dijadikan hamba seks, dan kakaknya tidak pernah mendengar rayuannya agar melakukan sesuatu kerana dia sudah tidak tahan dengan semua itu. Akhirnya, mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Sungai Buloh pada 11 Oktober tahun lalu selepas tidak tahan lagi dengan perangai kakaknya dan juga abang iparnya itu. Pihak polis mengesahkan laporan tersebut diterima dan masih dalam siasatan.
Home » Fakta Menarik
» Kakak Mandul Biarkan Suami Lempiaskan Nafsu Kepada Adik Selama 7 Tahun Perempuan Durjana!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kakak Mandul Biarkan Suami Lempiaskan Nafsu Kepada Adik Selama 7 Tahun Perempuan Durjana! "
Post a Comment