Kuala Lumpur: Seorang janda ditemui mati dalam keadaan misteri apabila mayat mangsa ditemui hanya memakai seluar dalam selain tubuhnya dibasahi minyak yang berwarna kuning.
Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui mati oleh jirannya di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini.
Difahamkan lagi mangsa yang sudah mati sejak empat hari lalu hanya disedari oleh jiran-jiran berhampiran selepas terhidu bau busuk sebelum mereka membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung terdapat bau busuk luar biasa di kawasan rumah itu.
Menurutnya, polis kemudian memeriksa rumah mangsa yang terletak di tingkat lapan kondominium itu sebelum menemui mayat mangsa telentang di ruangtamu rumah mangsa.
Laporan selanjutnya klik link dibawah
0 Response to "MELAMPAU!!!JANDA DIBASAHI MINYAK KUNING HANYA BERSELUAR DALAM"
Post a Comment