Emma yang ditemubual media tempatan mengakui membuat keputusan untuk meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.
“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui.
“Jika asyik berendam air mata saja, untuk apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak terus makan hati,” katanya.
Sementara, Zizan dilaporkan memberitahu tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai putus cinta itu buat masa ini.
“Maafkan saya. Saya harap dapat diberikan ruang sedikit untuk sementara waktu ini sebab saya sendiri tak tahu nak cakap apa,” katanya.
Sejak kebelakangan ini, kisah cinta pasangan ini menjadi tumpuan selepas tersebar khabar angin bahawa mereka akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
0 Response to "MESTI BACA!! Saya Tidak Tahan Sikap Zizan"
Post a Comment