MESTI TENGOK!!! Rozita Che Wan Bakal Menimang Anak Perempuan



Selepas kelahiran anak sulung Scha al-Yahya, pasti ramai pula yang akan menantikan

kelahiran anak sulung pasangan sensasi Rozita Che Wan & Zain Saidin.



Bercakap kepada media, Rozita Che Wan mendedahkan yang mereka sudah mengetahui

jantina anaknya yang bakal lahir kelak dan keputusan telah menunjukkan yang mereka

bakal menimang cahaya mata perempuan, sama juga seperti pasangan Scha al-Yahya & Awal

Ashaari.



Rozita Che Wan juga memaklumkan yang beliau sudah pun membeli persalinan bayi

perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya dengan Zain Saidin.

Bercakap tentang perangai pelik sepanjang kandungan ini, Rozita Che Wan memaklumkan

yang beliau mempunyai keinginan dengan kata yang lain "mengidam" untuk makan burger

Ramly dan ikan masin di tengah malam.



Rozita Che Wan juga dijangka bersalin sekitar awal November nanti.

Semoga si ibu Rozita dan bayi dalam kandungannya kini yang sudah masuk usia 6 bulan

sihat sentiasa. Zain Saidin pasti pula orang yang paling gembira ketika ini untuk

bergelar bapa, yay!










0 Response to "MESTI TENGOK!!! Rozita Che Wan Bakal Menimang Anak Perempuan"

Post a Comment