Amaran!! Mungkin Ini Rakaman Grafik Paling Tragis Tentang TragediPenerbangan Malaysia MH17

Khamis, 17 Julai 2014, Sebuah pesawat penerbangan MH17 yang membawa 298 orang telah ditembak jatuh di timur Ukraine, yang didalangi oleh puak Russia. Penduduk di kawasan kejadian itu dan menemubual penduduk di sana pasti menjadi saksi pertama kejadian tragik itu.
 






KETIKA negara dunia heboh dengan nahas MH17 di Ukraine, Rusia hanya berdiam diri dan kurang mengeluarkan kenyataan.

Menerusi media, seluruh negara antarabangsa dilihat bersimpati dengan nasib Malaysia termasuk Amerika Syarikat yang menawarkan diri untuk membantu siasatan.

Namun, kekecohan tragedi itu tidak sedikit pun mengganggu Rusia yang merupakan suspek utama dalam punca nahas yang dipercayai dilakukan kumpulan pro-Russia seperti digembar-gemburkan media.

Presiden Rusia, Vladimir Putin seolah-olah melihat kejadian itu sebagai perkara kecil apatah lagi yang menjadi mangsa adalah pesawat milik negara kecil bernama Malaysia.

Kenyataan itu boleh disokong apabila Presiden itu semalam lebih menumpukan perhatiannya kepada konflik di Gaza.  

Kelmarin, beliau bersetuju dengan Presiden Iran, Hassan Rohani untuk berbincang cara mengakhiri konflik di Gaza yang sebelum ini beliau sekadar menjadi pemerhati.

Tuntutan itu dilakukan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan akan melakukan serangan darat dan mengaku tugasan itu tidak boleh dilakukan berseorangan terutamanya untuk berhadapan dengan Hamas. 

0 Response to "Amaran!! Mungkin Ini Rakaman Grafik Paling Tragis Tentang TragediPenerbangan Malaysia MH17"

Post a Comment