Jika sebelum ini MAS atau Malaysia Airlines telah menjadi tumpuan ramai ekoran kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui, kali ini MAS sekali lagi menjadi tumpuan apabila seorang artis tempatan, Hanez Suraya dan kekasihnya mengambil tindakan untuk menyaman syarikat penerbangan terbabit ekoran MAS telah mendedahkan tiket penerbangan artis tersebut dan kekasih ke Bangkok.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Harjit Sandhu menerusi kaedah e-filling di pejabat Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.
Difahamkan, gambar tiket tersebut telah dimuat naik ke Facebook di akaun page "Kami Sokong Liyanan Manan". Hasilnya, gambar tersebut menerima lebih 1000 komen yang negatif dan bersifat cacian terhadap Hanez Suraya dan kekasihnya.
0 Response to "BIAR BETUL! Hanez Suraya Nak Saman MAS?"
Post a Comment