Seorang pekerja NASA mendedahkan satu maklumat penting yang telah ditemui oleh NASA. Beliau menceritakan bahawa, NASA dan kerajaan Amerika Syarikat cuba untuk menyembunyi perkara ini kepada dunia.
"Perkara ini amat besar, mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada mata dunia."Satu kaum yang primitif yang hidup 20 batu dibawah tanah telah ditemui oleh NASA. Mereka menggelar kaum tersebut sebagai Mole People. Kaum ini difahamkan mempunyai terowong rahsia untuk memasuki Amerika Syarikat.
Ketika kerajaan Amerika Syarikat dibawah pucuk pimpinan Presiden George Bush, presiden tersebut mengendalikan makhluk ini dengan penuh berhati-hati. Hal ini kerana, mereka takut kaum ini akan mengishtiharkan perang kepada penduduk di muka bumi.
"Kami mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Namun kami boleh rasa yang mereka amat peramah. Mereka juga bersikap primitif."Kami masih mengkaji kaum ini dan mencari jawapan, bagaimanakah cara hidup mereka, apakah hubungan mereka dengan penduduk di muka bumi, adakah mereka merupakan nenek moyang kepada penduduk di muka bumi.
Itulah sedikit sebanyak maklumat yang telah didedahkan oleh kakitangan NASA tersebut. Walaubagaimana pun, sebagai umat Islam, kebenaran tentang perkara ini tidak boleh diterima sepenuhnya. Sama ada mereka sengaja cuba mengaitkan perkara tersebut dengan Yakjuj dan Makjuj iaitu makhluk yang dipercayai umat Islam telah dikurang di dalam tembok ghaib. Jika benar sekali pun, kita tidak boleh mengaitkan penemuan tersebut sebagai Yakjuj dan Makjuj secara membuta tuli.
0 Response to "Benarkah NASA Temui Yakjuj Makjuj?"
Post a Comment