Pada penghujung March yang lalu, kerajaan Brunei buat pertama kalinya melaksanakan hukum hudud sepenuhnya di negara mereka. Bertitik-tolak dari itu, topik tentang hudud menjadi semakin hangat di Malaysia. Baru-baru ini, negeri Kelantan yang berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS dikatakan nekad ingin melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
Jadi, mungkin ada di antara kita masih tertanya-tanya, apakah itu hukum hudud? Bagaimanakah ciri-ciri perlaksanaannya?
Secara umumnya, hukum hudud merupakan undang-undang jenayah yang disyariat oleh agama Islam untuk dilaksanakan bagi sesebuah negara Islam seperti Malaysia contohnya. Dari segi hukum, perlaksanaan undang-undang jenayah ini adalah diwajibkan kerana ia merupakan perintah Allah SWT.
Mari kita lihat ciri-ciri undang-undang jenayah dalam agama Islam:
Terdapat empat jenis undang-undang jenayah di dalam agama Islam:
i. Hudud
ii. Diyat
iii. Qisas
iv. Ta'zir
1. Hudud. Terdapat 6 kes melibatkan hukum hudud:
i. Murtad
ii. Merompak
iii. Minum arak
iv. Berzina
v. Mencuri
vi. Tuduh zina (qazaf)
2. Diyat iaitu pampasan. Terdapat 2 kes melibatkan diyat:
i. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
ii. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
3. Qisas. Terdapat 3 kes melibatkan qisas:
i. Bunuh dengan sengaja
ii. Melukakan dengan sengaja
iii. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
4. Ta'zir:
Ta'zir pula merupakan hukuman bagi kes-kes yang lain di mana hukuman ini ditetapkan oleh pemerintah bertujuan untuk mendidik. Kita ambil tamsilan saman atau kompaun, dengan tujuan mendidik dilihat seperti tidak sesuai saman atau kompaun dikenakan kepada orang yang kaya kerana ia tidak akan mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya kerana bagi mereka saman atau kompaun yang dikenakan tidaklah terlalu merugikan mereka.
Ringkasnya, undang-undang jenayah yang digariskan hanyalah terdapat 9 kes sahaja, iaitu murtad, membunuh, mencacat, melukakan, mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, dan merompak.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
0 Response to "Apakah Hukum Hudud? Fahamkan Sebelum Laksanakan"
Post a Comment