Mesti Baca!!!!!!! Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan



Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kepada mereka dalam keadaan menangis.

"Wahai anakku, kenapa kamu menitiskan air mata?" sapa Baginda.

"Bapa aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, namun tidak ada sesiapa pun yang datang menziarahi jenazahnya. Aku tidak tahu siapakah yang akan memandikan dan menanamkan jenazahnya?" jelas kanak-kanak itu.

Mendengar perjelasan kanak-kanak tersebut, terus Rasulullah SAW menyuruh sahabat baginda, Umar dan Abu Bakar As-Siddiq untuk menziarahi jenazah bapa kanak-kanak itu. Setibanya dua sahabat Rasulullah SAW kepada jenazah ayah kanak-kanak tadi, alangkah terkejutnya mereka melihat jenazah itu berubah menjadi seekor babi hutan. Lalu mereka memberitahu kepada Rasulullah SAW tentang perkara itu.

Sebaik sahaja mendengar berita tersebut, terus Baginda sendiri melihat jenazah tadi. Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT agar jenazah tersebut kembali menjadi manusia. Kemudian baginda terus menguruskan jenazah itu bersama-sama para sahabat Baginda. Sedang mereka memakamkan jenazah tersebut, tiba-tiba jenazah itu berubah kembali menjadi babi hutan.

Selepas selesai menguruskan jenazah itu, Rasulullah SAW bertanya kepada kanak-kanak tadi.

"Apakah amalan bapa kamu ketika masih hidup?"

"Dia tidak pernah sesekali pun mengerjakan solat." jelas kanak-kanak.

"Lihatlah para sahabatku, sudah jelas balasannya kepada orang yang tidak solat." sabda baginda lagi.

Akhirulkalam, wahai sahabat-sahabat Kak Semoh yang setia membaca, ini merupakan satu kisah benar. Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. Dan jangan lupa, untuk share kepada rakan-rakan yang lain. Bukan susah nak buat pahala :)

0 Response to "Mesti Baca!!!!!!! Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan"

Post a Comment