Sangkaan seorang penduduk yang bernama Zulkifli Jusoh, 36 dari Bandar Seri Bandi terhadap satu objek yang disangka besi buruk, meleset jauh kerana objek tersebut merupakan sebiji BOM.
"Mula-mula saya ingat besi buruk, saya siap bawa pulangnya ke rumah lagi."itulah kata-kata Zulkifli ketika ditemui oleh wartawan.
Difahamkan, beliau yang berasa hairan dengan bentuk besi tersebut yang begitu pelik lalu membawanya kepada penduduk kampung yang lain untuk melihat objek tersebut. Kebanyakkan penduduk kampung yang melihat objek itu mengatakan ia sebiji bom lama.
Zulkifli terus membuat laporan polis pada keesokan harinya agar tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berwajib. Bom tersebut dipercayai peninggalan era Perang Dunia Kedua yang tertanam di situ.
0 Response to "Ingatkan Besi Buruk Rupa-Rupanya Bom"
Post a Comment