Menurut seoran pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, terdapat beberapa punca mengapa jin merasuk ke tubuh manusia. Beliau yang merupakan imam di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam mempunyai kelulusan dari Universiti Al-Azhar di Kaherah Mesir.
Antara 18 punca jin merasuk ke dalam badan seseorang menurut Ustaz Ahmad Dasuki adalah:
1. Mereka yang suka meninggalkan solat dan melanggar perintah Allah SWT.
2. Mempunyai alat yang boleh melalaikan manusia di rumah seperti alat musik.
3. Menyanyi atau meninggikan suara di ketika mandi.
4. Suka menangis setiap malam terutama apabila hendak tidur.
5. Menjadikan bilik air tempat membuang air yang panas.
6. Tidak membaca Bismallah sebelum melakukan aktiviti seperti melompat dengan tinggi.
7. Masuk ke tempat yang sunyi dan gelap yang mana tidak berpenghuni atau telah ditinggalkan.
8. Sikap bergembira berlebihan atau terlalu takut.
9. Suami isteri yang sering bertikam lidah atau bertengkar.
10. Mudah marah atau marah secara berlebih-lebihan.
11. Melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu.
12. Menyimpan lukisan anjing atau manusia di kediaman.
13. Sejadah, lantai atau langsir terdapat lambang salib.
14. Pergi ke majlis yang melaghakan(melalaikan).
15. Kaum hawa yang suka menghiasi muka(bersolek).
16. Membuat penjajian sihir seperti perjanjian tukang sihir dan makhluk halus.
17. Jin telah jatuh hati kepada manusia.
18. Gemar membaca novel seram atau cerita hantu dan novel yang berunsur sihir.
0 Response to "18 Punca Jin Merasuk Badan Seseorang"
Post a Comment