Pagi tadi(4 Januari 2014), kak terkejut mendengar berita kemalangan di Terengganu yang amat ngeri. Namun, Alhamdulillah pemandu kenderaan tersebut terselamat walaupun automobil Proton Preve yang dipandunya rosak teruk terutama di bahagian hadapan.
Beberapa gambar yang telah dimuat naik oleh satu laman di facebook telah akak sertakan sekali pada post ini. Apa yang menggemparkan dengan kemalangan ini adalah enjin kereta tersebut telah tercabut dari kereta itu. Jarang sekali kita mendengar berita kemalangan sehingga tercabut enjin sebelum ini.
Di fahamkan kereta tersebut telah terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik beberapa kali.
Apa yang akak lihat, kemalangan ini telah menimbulkan pelbagai persepsi orang awam di negara ini. Antaranya, ada yang mempersoalkan kualiti kerata buatan Proton sehingga enjinnya boleh tercabut dalam kemalangan ini. Selebihnya mengangumi bagaimana pemandu tersebut terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun keretanya remuk teruk.
Pada pandangan akak pula, tidak kira kerata apa sekali pun yang kita pandu, berhati-hatilah di jalan raya, malang tidak berbau. Kalau sapa boleh bau pergi cari kerja kat buletin utama sekarang.
ANDA MUNGKIN BERMINAT:
- Gambar Paling 'Rare' Neelofa!!!
- Mistik : Batu Melebihi 1 tan Diratah Seperti Kacang!!
- Yusry KRU Ambil Kesempatan??
0 Response to "Proton Preve Kemalangan Sampai Tercabut Enjin"
Post a Comment