Remaja 18 Tahun Lahir Anak Dalam Tandas

MELAKA –  Seorang remaja berumur 18 tahun telah melahirkan anak di dalam tandas di rumahnya. Remaja tersebut didapati berkurung selama satu jam di dalam tandas.

Oleh kerana panik, remaja tersebut bertindak membung bayi yang dilahirkannya melalui ruang udara di antara dinding dan bumbung tandas rumah di Batang Tiga.

Difahamkan, ibu saudara mangsa membuat keputusan untuk masuk ke dalam tandas selepas remaja berkenaan berada di dalam tanda terlalu lama.

“Rahsia pelajar yang baru enam bulan menyambung pelajaran di sebuah kolej itu terbongkar selepas doktor yang memeriksa mendapati dia baru saja bersalin berikutan terdapat uri masih tertinggal di dalam rahim,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, remaja yang berasal dari negeri ini sedang bercuti di rumah ibu saudaranya itu.

“Dia masuk ke tandas kira-kira jam 8 malam bagaimanapun tidak keluar-keluar dan berada hampir sejam dalam tandas menyebabkan makciknya curiga lalu masuk ke dalam tandas.

“Wanita berkenaan yang melihat anak saudaranya seolah-olah mengalami pendarahan segera membawanya ke hopsital untuk dapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sumber sinar

0 Response to "Remaja 18 Tahun Lahir Anak Dalam Tandas"

Post a Comment